terima kasih kerana melayari Blog saya, kalian terbaik

Sunday 4 December 2011

Training Session For Hari Guru 2011
Song: Hari Bersamanya ( sheila on 7)

Guitar: Hisyam
Bass: Najib
Drum: Sharimi
Vocal: Zaizul

Saturday 3 December 2011

Info Sukan




SK Padang Jawa telah mengadakan Pertandingan Sukan Antara Kelas yang mana ia melibatkan permainan 'street soccer' , bola jaring, bola baling dan sepak takraw. Ini adalah foto-foto yang sempat saya ambil:

perkongsian ilmu

BURPEE (CANGKUNG BERDIRI)

· Burpee merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan dalam latihan litar.
· Burpee juga dikenali sebagai aktiviti cangkung berdiri.
· Aktiviti ini dilakukan mengikut kemampuan seseorang individu.

Tujuan latihan

i. Meningkatkan daya tahan otot
ii. Meningkat dan melatih keupayaan anaerobik dan aerobik.
iii. Meningkatkan kederasan, ketangkasan dan kelembutan
iv. Membina daya tahan kardiovaskular

 Kelebihan
· Meningkatkan tahap kekuatan kardiovaskular – kerana ia dilakukan berulang kali mengikut tahap kecergasan individu.
· Meningkatkan daya tahan otot.
· Menguatkan bahagian kaki.

info

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.
Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.
Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,
Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.
Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.
Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

AM Band from SK Padang Jawa

'Training' untuk Persembahan Hari Kebudayaan SK Padang Jawa
Lead Guitarist: Hisyam
Bassist: Najib
Keyboardist: Rapahel
Drummer: Sharimi
Vocalist: Zaizul

langkah permulaan

NAME: ZAIZUL AZRI BIN MOHAMAD MAHAYUDIN
METRIC NUMBER: D20102045825